Maklumat
PERUBAHAN HARGA PAKEJ MENGIKUT PERTUKARAN MATAWANG ASING
Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Andalusia boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. Andalusia berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.
HARGA PAKEJ TERMASUK:
- Tiket penerbangan kelas ekonomi,cukai lapangan terbang dan surcaJ bahan api.
- Permohonan visa umrah tertakluk kepada kelulusan Keraiaan Arab Saudi, tetapi tidak termasuk proses mengendors dokumentasi permohonan di jabatan pendaftaran dokumen dan Kementerian Luar Wisma Putra (Jika perlu).
- Penginapan, makan dan minum seperti yang dinyatakan di dalam surat pengesahan aturcara terakhir.
- Segala lawatan di dalam surat pengesahan aturcara (kecuali ziarah pilihan).
- Umrah 3 kali bersama mutawwif.
- Beg pakaian besar, Beg kecil, Beg sandang, Sejadah Raudhah Andalusia, 1kg Aneka Kurma
- Buku Panduan Umrah dan Beg hamper + Kit perubatan (semasa di Lapangan Terbang).
(Segala barangan di atas tidak boleh dikembalikan). - Pelan takaful bagi kematian dan kemalangan berkelompok.
- Tertakluk kepada pihak berkuasa Arab Saudi, setiap jemaah yang menggunakan Visa Umrah (kecuali bayi) akan menerima 5 liter air zam—zam secara percuma. Walau bagaimanapun Andalusia tidak boleh dipertanggungiawabkan untuk mengganti sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan air zam—zam di atas apa—apa alasan sepanjang perjalanan dari Tanah Suci ke Malaysia (bergantung kepada kelulusan pihak Keraiaan Arab Saudi).
HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Bayaran tambahan teksi ke hospital atau mana—mana tempat lain bagi urusan peribadi jemaah
(ditanggung oleh jemaah). - Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) dan di hotel.
- Penggantian bagasi / barangan peribadi yang hilang dimana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.
- Sebarang perubahan kadar tukaran matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api
- Tambahan caj mengendors dokumentasi bagi jemaah bukan warganegara Malaysia (jika perlu).
- Dokumen seperti passport, gambar, suntikan umrah ACYW135.
Para jemaah perlu menyediakan:
Dokumen 1, 2, 3 & dokumen tambahan mengikut keperluan
- Passport Antarabangsa yang masih berlaku selama 7 bulan dari tarikh berangkat dengan 6 mukasurat kosong.
- Gambar untuk Visa Umrah 4 keping bersaiz 4 x 6cm. berlatarbelakang putih dan saiz muka 80% (Lelaki:Tidak bersongkok / Wanita dan kanak-kanak perempuan: Bertudung gelap)
- Buku/Surat suntikan Meningococcal Meningitis Quadrivalent ACYW135.
————————————————————————————————— - Saudi Visa Bio
— Mengimbas muka depan pasport, wajah dan 10 jari. Bagi yang ada masalah, dokumen tambahan perlu dimuatnaik dalam aplikasi Saudi Visa Bio. Dokumen perlu dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab sahaja. Bagi yang telah memperolehi kelulusan visa umrah (MOFA) yang TIDAK BOLEH DICETAK disebabkan tidak beriaya membuat Bio Matrik jemaah perlu membuat tambahan bayaran untuk permohonan visa pelancong sebagai visa baru. *Jika perlu
- Wang cagaran RM10,000 dikenakan bagi negara—negara tertentu sahaja.
- Bagi yang bukan warganegara Malaysia, sila rujuk dengan pejabat Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi memastikan dokumen yang diperlukan.
SAUDI VISA BIO
*VISA UMRAH -PERLU APPLY BIOMETRIK
Ini bermaksud:-
1. Sebelum / semasa jemaah menghantar passport, proses biometrik jari perlu dibuat sendiri oleh jemaah atau dibantu oleh pegawai di Cawangan atau di bantu oleh pegawai pemasaran sendiri. (sebelum jemaah buat penyerahan passport pada mana-mana cawangan yang berdekatan diminta jemaah mengambil gambar muka hadapan passport terlebih dahulu untuk rujukan jemaah)
2. Proses scan biometrik wajah & jari perlu dibuat menggunakan smartfon yang ada resolusi gambar yang berkualiti tinggi.
3. Proses ini di buat melalui apps Saudi Visa Bio. Jemaah perlu muat turun di Google Play Store untuk pengguna android dan pengguna IPhone melalui Appstore.
4. Boleh lihat video panduan Saudi Visa Bio di https://youtu.be/3B6C5YzaWGA.
Cara scan: https://youtube.com/?v=xxxx
Sila hubungi pegawai yang bertugas untuk maklumat lanjut.
5. Hanya untuk visa umrah sahaja. Proses visa tourist masih seperti biasa setakat hari ini.
6. Hanya bayi bawah 2 tahun saja tidak perlu buat bio Apps
Langkah pertama: Proses ini di buat melalui apps Saudi Visa Bio. Pastikan anda download dahulu aplikasi ini di smartphone anda.
Langkah kedua: Imbas passport anda menggunakan kamera belakang. Untuk memastikan imbasan terbaik, elakkan silau atau bayang-bayang pada passport. Mohon semak maklumat details seperti nombor passport, nama jemaah, tarikh lahir dan tarikh luput passport dll.
Langkah ketiga: Imbas wajah anda menggunakan kamera hadapan untuk pengesahan identiti
Langkah keempat: Imbas cap jari anda menggunakan camera belakang. Kaedah terbaik untuk mendapatkan scan yang baik ialah:
1) Pastikan latar belakang gelap, berbeza dengan warna kulit anda.
2) Kekalkan jari anda sepanjang proses tangkapan.
Langkah kelima : Selepas selesai membuat saudi visa bio apps, dalam masa sehari jemaah akan dapat email Enrollment Confirmation dan Enrollment ID perlu diberi kepada pegawai pemasaran / FM.
Jika para Jemaah mempunyai masalah dalam proses ini, boleh datang ke ibu pejabat atau mana-mana cawangan yang berhampiran anda.
Terdapat sesetengah jemaah mengalami cap jari yang tidak dapat dibaca disebabkan alur jari atau memang terdapat masalah cap jari. Jadi, terdapat 2 kaedah untuk melakukan Biometrik bagi jemaah yang mengalami masalah cap jari rosak :
Kaedah 1 :
Jemaah perlu dapatkan surat daripada doktor dalam Bahasa Inggeris yang mengatakan jemaah tersebut mengalami masalah cap jari rosak. Kemudian, jemaah bawa surat tersebut ke Notry Public dan Wisma Putra untuk dapatkan cop. Bayaran akan dikenakan sebanyak :
1) Notry Public – RM 50
2) Wisma Putra – RM 20
Untuk makluman juga, Andalusia juga boleh bantu jemaah untuk dapatkan cop daripada Notry Public dan Wisma Putra (surat tersebut perlu diserahkan ke kaunter Andalusia HQ atau cawangan yang berdekatan 45 hari sebelum penerbangan) dan jemaah perlu buat bayaran sebanyak RM 70 ke akaun Andalusia. Bayaran perlu dibuat secara berasingan dan tidak dibenarkan sama sekali untuk sekalikan bayaran pakej dan juga bayaran untuk dapatkan cop.
Kaedah 2 :
Jemaah perlu dapatkan surat pengesahan daripada JPN yang mengatakan jemaah mengalami masalah cap jari. Kemudian, jemaah perlu ke Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) untuk terjemahkan surat tersebut dalam Bahasa Inggeris. Selepas surat telah diterjemah dalam Bahasa Inggeris oleh ITBM, jemaah boleh pergi ke Wisma Putra untuk dapatkan cop pada surat tersebut.
Untuk makluman haji/hajah, Andalusia juga boleh bantu jemaah untuk terjemahkan surat tersebut di ITBM dan mendapatkan cop daripada Wisma Putra (surat tersebut perlu diserahkan ke kaunter Andalusia HQ atau cawangan yang berdekatan 45 hari sebelum penerbangan) dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 150. Bayaran perlu dibuat secara berasingan dan tidak dibenarkan sama sekali untuk sekalikan bayaran pakej dan juga bayaran untuk terjemahan dan mendapatkan cop daripada Wisma Putra.
INFO PENTING
Untuk makluman, setakat ini negara yang wajib menggunakan Saudi Biometrik adalah seperti di bawah:
1) Malaysia
2) United Kingdom
3) Tunisia
4) Bangladesh
5) Kuwait
Selain nama negara di atas tidak perlu membuat biometrik.
- Kemudahan permohonan visa umrah (easy apply) bagi semua wargenegara kecuali negara— negara seperti Iran, Yaman, Libya, Palestine, Syria, Afghanistan dan negara yang tiada pejabat konsulat Saudi Arabia.
- Permastautin Tetap (Permanent Residence)
Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh JPN dan Wisma Putra atau Kad Pengenalan Original. - Jemaah Lelaki:
Pengesahan status menetap dan pekeriaan / Statutory Declaration status Permanent Residence and iob status disahkan oleh Peiabat Pesuruhiaya Sumpah dan Wisma Putra. - Jemaah Wanita Momen Group):
Surat izin (Letter of consent) dari suami / anak l adik beradik lelaki perlu disahkan oleh Peiabat Pesuruhiaya Sumpah dan Wisma Putra. - Permit/Visa Pekeria
(Employment Pass — Multiple Entry) Surat Pengesahan Maiikan yang disahkan oleh Notary Public dan Wisma Putra. (Surat Pengesahan perlu berbahasa Inggeris) - Visa Pelaiar (Student Visa — Multiple Entry).
Surat Pengesahan dari KoleilUnivers’rti/Sekolah yang disahkan oleh Notaw Public dan Wisma Putra. (Surat Pengesah— an perlu berbahasa Inggeris) - Visa Keluarga (Social Visit / Dependent Pass) (Multiple Entry).
Salinan Siiil Nikah/Siiil Lahir disahkan oleh kedutaan masing—masing dan Wisma Putra. Visa/ - Permit perlu sahlaku 6 bulan ke atas dari tarikh permohonan visa.
- Visa/permit jaminan anak tajaan)
Perlu mendapatkan surat perlepasan dari taiaan serta menyediakan dokumen yang menuniukkan hubungan dan disahkan oleh jabatan tertentu dan Wisma Putra. - Kategori Visa Sponsor / Tajaan
- Surat izin (Letter of consent) dari penaia dan perlu disahkan oleh Peiabat Pesuruhiaya Sumpah serta Wisma Putra dan dokumen sokong. Dokumen sokongan boleh ruiuk kaitan mahram seperti di atas.
- Bagi Pembantu rumah (Maid) Jika umur bawah 45 tahun
— Maiikan waiib pergi bersama—sama.
— Surat maiikan perlu cop Wisma Putra 8: Notary Public.
(Info Untuk Pakej Umrah Ziarah Baitulmaqdis Sahaja)
Syarat-syarat permohonan Visa Amman Baitulmuqaddis.
PROSES VISA ADALAH 2 BULAN SEBELUM PENERBANGAN
Syarat-syarat Permohonan Visa Baitulmuqaddis Terpakai untuk Pendaftaran Umrah Ziarah Amman Baitulmuqaddis & Pakej Holidays Amman Baitulmuqaddis :-
1) Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun MESTI pergi bersama Ibu @ Bapa.
2) Setiap jemaah perlu mempunyai nombor telefon bimbit sendiri kecuali kanak-kanak bawah 11 tahun (WAJIB)
3) Bagi BUKAN Warganegara Malaysia MESTI mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang dalam 1 Kumpulan.
Contohnya :-
10 Warganegara Indonesia
10 Warganegara Thailand
4) Warganegara Singapore tidak memerlukan Visa untuk masuk ke Baitulmuqaddis tetapi memerlukan Visa untuk masuk ke Jordan.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memohon Visa Baitulmuqaddis (Umrah/Holidays) :-
1) Borang permohonan Baitulmuqaddis
2) Gambar ukuran Pasport 2 keping latar belakang biru
3) Salinan kad pengenalan berwarna (depan & belakang satu mukasurat)
4) Salinan Pasport berwarna
Info penting yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmuqaddis (BORANG PERLU DIISI DENGAN LENGKAP BARU AKAN DIPROSES) :-
1) NOMBOR TELEFON BIMBIT : 1 orang jemaah 1 nombor telefon Bimbit (WAJIB)
2) NAMA IBU
3) NAMA BAPA
4) NAMA DATUK SEBELAH BAPA
5) STATUS
6) PEKERJAAN
7) ALAMAT EMAIL
8) NEGARA YANG PERNAH DILAWATI DALAM MASA 10 TAHUN (Jangan tertinggal walau satu negara yang pernah dilawati)
9) Nasihatkan jemaah untuk PADAM apa2 berkenaan Israel di dalam Media Sosial.
NOTA PENTING :-
KELULUSAN VISA BAITUL ADALAH DARI KEMENTERIAN ISRAEL.
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Visa Baitulmaqdis:-
- Paspot Original (7 bulan dari tarikh balik penerbangan) dan salinan kad pengenalan (Depan & Belakang) 75 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Maklumat nama ibu, bapa dan datuk (sebelah bapa) diisi di lampiran Borang Pendaftaran Baitulmaqdis.
- Maklumat negara-negara yang pernah dilawati dalam tempoh 2 tahun.
- 2 keping gambar berukuran paspot berlatar belakang warna biru ukuran 3cm x 5cm.
- Borang dari Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diisi dan ditandatangani.
Download Borang Untuk Permohonan Visa Baitulmaqdis, isikan dan tandatangan:
Checklist Penyerahan dokumen 2 bulan sebelum tarikh penerbangan(Visa Baitulmaqdis):-
1) | Paspot Original (sah laku 6 bulan dari tarikh penerbangan) | |
2) | Salinan Kad Pengenalan (Depan & Belakang) BERWARNA | |
3) | 2 keping gambar (latar belakang biru ukuran 3cm x 5cm) | |
4) | Borang dari Jabatan Imigresen Malaysia yang telah diisi dan ditandatangani. |
Di sini kami ingin memaklumkan supaya peserta / jemaah yang ingin keluar negara menyemak sendiri senarai nama yang disekat untuk keluar negara. (Blacklist : Hutang bank, PTPTN dll).
Ini untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika di imigresen.
Sila layari laman web Sistem Aplikasi Elektronik Jabatan Imigresen Malaysia:
http://sspi2.imi.gov.my/
Semakan Status Kawalan Imigresen
Laman web ini adalah untuk kemudahan warganegara Malaysia yang ingin menyemak status untuk mendapatkan kemudahan Imigresen bagi permohonan dokumen perjalanan dan perjalanan ke luar negara.
Fi dan Caj Yang Relevan
Caj perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.
Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memgang dolumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.
- Setiap tempahan hendaklah disertakan dengan wang pendahuluan sebanyak RM300 setiap seorang peserta dan bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 45 hari sebelum tarikh penerbangan.
- Sila bayar terus ke dalam akaun Maybank:-
Nama: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
No. akaun: 5644-8110-2597. - Whatsapp slip bayaran ke 019-3387825 atau email ke admin@umrah-ziarah.com
- Diskaun RM500 untuk kanak-kanak berumur 2 – 12 tahun dari harga dewasa.
Bayi berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan bayaran RM 2500 (cukai lapangan terbang, visa & caj pengurusan).
- Harga pakej atau aturcara perjalanan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
ZIARAH PILIHAN DI MAKKAH
- Ziarah Masjid Hudaibiyah, Muzium Haramain (tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi).(dengan bayaran tambahan)
ZIARAH PILIHAN DI MADINAH
- Melawat kilang al-Quran (hanya jemaah lelaki sahaja),tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi (dengan bayaran tambahan)
PERKHIDMATAN LAIN YANG DITAWARKAN
- Badal (upah) haji dan umrah
- Dam, korban dan aqiqah
KURSUS (TIDAK WAJIB)
PENERBANGAN TERUS KE JEDDAH/ *MADINAH SV/MAS
- *masa tertentu sahaja
- kira-kira 8 jam 30 minit sampai ke destinasi.
- Jadual Penerbangan Dan Harga Tertakluk Kepada Pindaan Semasa
PENUKARAN PAKEJ
- Jika jemaah membuat penukaran tarikh (semua pakej) akan dikenakan surcaj RM 50 seorang. [kemaskini 14/09/2015]
PEMBATALAN PAKEJ
Permohonan pembatalan tertakluk kepada 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:
Perkara 3.2: Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
Perkara 3.2.1:
Pembatalan 45 hari bekerja atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.
Perkara 3.2.2:
Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:
22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | pelucutan deposit pelancongan |
15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan |
08-04 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan |
03-07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan |
02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
Caj tambahan jika perlu:
- Bayaran visa penuh, sekiranya bayaran visa telah dibuat.
- Bayaran RM200 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
MADINAH | Sila rujuk pakej terkini |
MAKKAH | Sila rujuk pakej terkini |
UMRAH
PENERBANGAN | ELAUN | AIR | SURCAJ LEBIHAN | ||
KOD | NAMA PESAWAT | BAGASI | ZAMZAM | BAGASI (piece) | BERAT (kg) |
PENERBANGAN TERUS (DIRECT) | |||||
MH | MALAYSIA AIRLINES | 30 kg | RUJUK KAUNTER MALAYSIA AIRLINES BERHAD | ||
SV | SAUDI AIRLINES | 02 pieces (23 kg/piece) | |||
PENERBANGAN ZIARAH (TRANSIT) | |||||
EY | ETIHAD AIRWAYS | 30kg | |||
TK | TURKISH AIRLINES | 30kg | |||
WY | OMAN AIR | 30kg | RUJUK KAUNTER CHECK-IN OMAN AIR | ||
QR | QATAR AIRWAYS | 25kg |
*Nota: Bergantung kepada kadar perubahan mata wang.
HOLIDAYS
PENERBANGAN | ELAUN | SURCAJ LEBIHAN | ||
KOD | NAMA PESAWAT | BAGASI | BAGASI (piece) | BERAT (kg) |
MH | MALAYSIA AIRLINES (KOMERSIAL) | 30kg | ||
QR | QATAR AIRWAYS | 25kg | ||
EY | ETIHAD AIRWAYS | 30kg | ||
TK | TURKISH AIRLINES | 30kg | ||
WY | OMAN AIR | 30kg | ||
CX | CATHAY PACIFIC AIRWAYS | |||
D7 | AIRASIA X BERHAD | 20kg | RUJUK KAUNTER CHECK-IN AIRASIA X BERHAD | |
AK | AIRASIA BERHAD | 20kg | RUJUK KAUNTER CHECK-IN AIRASIA BERHAD |
**bergantung kepada destinasi.
*bergantung kepada perubahan kadar mata wang.
PAKAIAN LELAKI | PAKAIAN WANITA | ||
---|---|---|---|
Tuala Ihram | 2 | Telekong Solat | 2 |
Tali pinggang | 1 | Mini Telekong | 2 |
Baju Biasa | 2 | Baju Kurung | 3 |
Baju Melayu | 2 | Baju Maxi | 2 |
Singlet Berlengan | 4 | Baju Tidur & Seluar Panjang | 2 |
Seluar Panjang | 2 | Stokin | 3 |
Kain Pelikat | 3 | Sarung Tangan | 1 |
Tuala Mandi | 2 | Tuala Mandi | 2 |
Tuala Kecil | 1 | Tuala Kecil | 1 |
Stokin | 2 | ||
Selipar Getah | 1 | Selipar Getah | 1 |
Kasut Biasa | 1 | kasut Biasa | 1 |
LAIN-LAIN | |
---|---|
Buku Doa (kecil) | 1 |
Penyangkut Baju | 5 |
Beg Pakaian(Besar)-Berkunci | 1 |
Gunting Kecil | 1 |
Beg Sejadah | 1 |
Lencana Nama | 1 |
Beg Bimbit Sederhana | 1 |
Ubat Gigi | 1 |
Berus Gigi | 1 |
Sabun Mandi | 1 |
Uncang Besar | 1 |
Jemaah perlu memberitahu jadual dialisis kepada pengawai Andalusia dan berikan 3 bulan terkini laporan dialisis dari hospital. Anggaran kos dialisis untuk hospital swasta adalah 1500SR setiap kali rawatan (untuk 3 kali rawatan 4500SR) tidak termasuk kos teksi pergi dan balik ke hotel.
Rawatan Hemodialisis di Makkah dan Madinah
Maklumat Terkini & Penting Bagi Jemaah Umrah Bagi Pesakit Hemodialisis
(Rawatan Pesakit Buah Pinggang)
- Dokumen dialisis yang terkini 3 bulan akhir LENGKAP sebelum penerbangan
- Dokumen dan maklumat jemaah diserah sebulan sebelum atau paling lewat 2 minggu sebelum penerbangan kepada pihak Andalusia.
- Maklumkan tarikh rawatan di Madinah dan Makkah kepada pihak Andalusia
- Staff perlu menunggu sehingga habis rawatan pesakit (jemaah) di Hospital Swasta Makkah kerana perlu sebagai perantaraan komunikasi antara jemaah dan doktor (pihak hospital)
- Staff perlu menunggu sehingga habis rawatan di Hospital Madinah sekiranya perlu
- Dokumen kesihatan tetap perlu dibawa untuk rujukan hospital swasta walaupun rawatan di hospital swasta akan buat dari A to Z
- Kos tambang teksi termasuk kos staff Andalusia yang bersama membawa pesakit (jemaah) ke hospital
Rawatan di Hospital KERAJAAN Makkah
- Buat masa kini berlaku masalah untuk mendapatkan slot rawatan kerana terlalu padat dan ramai pesakit dialisis di hospital kerajaan Makkah
- Pihak hospital akan mengutamakan rakyat tempatan terlebih dahulu
Rawatan di Hospital SWASTA Makkah
- Hospital Swasta Bashaarahel
- Tambang teksi SR 200 pergi balik
- Kos Rawatan 1 : SR 1200 ke SR 1500
- Kos Rawatan 2 & 3 : SR 1000 ke SR 1200
- Hanya ada 3 mesin sahaja di hospital swasta Makkah Proses menunggu tetap ada antara 8 jam ke 10 jam
- Tidak terima temu janji untuk rawatan di hospital swasta Makkah (walk in sahaja) tetap perlu tunggu rawatan walaupun penuh dengan pesakit lain
- Jika semasa rawatan MRI dijalankan pesakit di dapati ada sakit yang lain pesakit akan di arahkan ke hospital kerajaan terlebih dahulu untuk rawatan sakit tersebut sebelum rawatan dialisis.
Rawatan di Hospital KERAJAAN Madinah
- Tambang SAR 15-20 sehala ke Hospital Kerajaan Madinah
- Buat masa ini tiada masalah untuk mendapatkan slot rawatan di hospital kerajaan Madinah
1) Malik Fahd
- Hospital Kerajaan ini juga menyediakan mesin dialisis pesakit HIV dan Hepatitis dan dialisisdialisissis buah pinggang
2) Medical Rehabilitation
- Andalusia akan dapatkan slot rawatan melalui tempahan beberapa hari lebih awal. Peruntukan rawatan hanya 3 jam sahaja. Tidak menyediakan mesin untuk pesakit dialisis HIV dan Hepatitis HANYA Dialisis Buah Pinggang sahaja.
3) King Abd Aziz Hospital, Dialysis Project
- Sekiranya penuh pesakit di hospital no 1 dan 2 maka akan ke Hospital ini .
- Peruntukan rawatan 3-4 jam. Tidak menyediakan mesin untuk pesakit dialisis HIV dan Hepatitis HANYA Dialisis Buah Pinggang sahaja.
Rawatan Hospital SWASTA Madinah
1) Dar Hospital, Qubaa
- Hospital Swasta yang memakan kos rawatan SAR1500 pada rawatan pertama dan SAR500 untuk rawatan yang seterusnya. Juga dengan cara tempahan beberapa hari lebih awal. Agak mahal kerana untuk rawatan pertama tu dilakukan ujian darah dalam makmal (laporan serology) sebelum jalani rawatan dialisis. Laporan serology jemaah dari hospital Malaysia tidak diterima.
2) Rahmah
- Hospital swasta. Kos rawatan antara SAR600-700. Mendapatkan slot rawatan melalui tempahan beberapa hari lebih awal.
Ibu mengandung yang ingin menuunaikan umrah, perlu dapatkan surat kebenaran daripada doktor perubatan ( Dalam Bahasa English) yang menyatakan jemaah tersebut sesuai untuk melancong dan tunaikan umrah. Pastikan surat tersebut rasmi ada letterhead rasmi pusat perubatan.